Mengaktifkan GodMode Pada Windows 7

~ Friday, March 25, 2011
Salah satu cara untuk memaksimakan penggunaan Windows 7 adalah dengan mengaktifkan fungsi God Mode padanya. Perkara ini telah diperkatakan dengan hangat sejak tahun lepas, dan mungkin ada yang masih tidak mengetahui mengenainya, jadi kami sekali lagi menulis mengenai fungsi God Mode pada Windows 7.

Bagaimana mengaktifkan GodMode?
Untuk mengaktifkan fungsi GodMode ini, ianya amatlah mudah, dimana anda hanya perlu;

  • Membuat sebuah folder baru
  • Menamakan folder tersebut kepada GodMode.{ED7BA470-8E54-465E-825C-99712043E01C}

Anda akan dapat melihat sebuah ikon khas, dan boleh mengaksesnya dengan klik pada ikon tersebut, seperti membuka aplikasi lain seperti biasa.


Mungkin ramai tertanya, apakah istimewanya GodMode ini. Melalui GodMode, anda boleh mengakses kepada lebih daripada 50 bahagian dan mengawal tetapan dengan mudah melaluinya. Untuk makluman semua, fungsi-fungsi pada GodMode ini boleh diakses daripada pelbagai bahagian berbeza di Windows, tetapi melalui penggunaan GodMode, ianya memudahkan anda, dan tidak perlu mencarinya secara individu seperti dahulu.

Fungsi ini juga diperkatakan boleh digunakan pada Windows Vista, namun tidak begitu stabil.

Sumber

1 comments:

Reffles Ace said...

haha....

Post a Comment