Membolehkan Muat-Turun Lebih Daripada Satu Fail Secara Serentak Pada IE9

~ Wednesday, March 23, 2011
Sudahkah anda mencuba pelayar web terbaru daripada Microsoft, iaitu Internet Explorer 9 yang dilepaskan secara rasminya semalam. Melaluinya, mungkin kadang-kala anda menghadapi masalah untuk memuat-turun lebih daripada satu fail pada sesuatu masa daripada satu web. Namun begitu, anda boleh mengatasinya dengan mudah.

Untuk mengatasi perkara tersebut, anda hanya perlu membuat sedikit penambahan pada Regedit, dan anda sudah boleh menikmati kebolehan memuat-turun lebih daripada satu fail secara serentak.

  • Buka Regedit, dengan taip Regedit pada kotak Start.
  • Pada tetingkap Regedit, sebelah kiri, pergi keHKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Internet Settings
  • Pada Internet Settings, di tetingkap sebelah kanan, klik-kanan, dan pilih New. PilihDWORD (32-bit) Value).
  • Namakannya sebagai MaxConnectionsPerServer dan tetapkan nilainya kepada 4.
  • Ulangi langkah serupa dengan menambah lagi satu DWORD (32-bit) Value.
  • Namakannya sebagai MaxConnectionsPer1_0Server dan tetapkan nilainya kepada6.

Kini anda boleh membuat lebih daripada satu muat-turun pada sesuatu masa, serta menikmati kelajuan yang lebih memberangsangkan berbanding sebelumnya.

Untuk mengubah kembali kepada yang lama, cuma perlu buang kedua-dua nilai yang ditambah ini sahaja.

Sumber

0 comments:

Post a Comment